Kisah aku bermula ketika pada malam sebelum aku bergerak ke dunia baru, aku sangat busy dengan mengemas beg baju untuk dibawa bersama pada hari esoknya. Baju-baju yang dibawa ibarat aku nak menatap di sana untuk selamanya! sangat banyak sebab aku selalu berpegang kepada peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" dan ianya secara tak langsung menyebabkan aku menjadi orang yang sangat alert apabila nak mengunjungi tempat yang baru. Oh sebelum tu, nama aku Danial, kenalan aku panggil aku 'DH' sejak aku berumur 11 tahun lagi dan aku dah terbiasa dengan nama tu. aku tinggal di Bandar Sri Damansara sejak tahun 2005. Aku seorang yang suka bercerita dan sebab ini juga aku mula untuk menulis di Blog.
Pada keesokkan harinya, aku celikkan mata dan terus menuju ke bilik air dan menyegarkan diri. Selepas itu, aku bersiap dan berkemas memakai tshirt dan berseluar jeans serta memakai kasut nike airmax gred copy ori yang boleh didapati di Uptown KD. aku mengangkat beg merah da terus membawanya ke dalam boot kereta. aku dan keluargaku bersedia dan terus menuju ke destinasi kami iaitu Kuantan. Aku berasa sangat teruja sebabnya aku akan menyambung pelajaranku di tahap Diploma. Sewaktu hari UPU mengeluarkan result, aku menantinya dengan penuh kesabaran dan ketakutan. sebabnya aku berharap sangat dapat sambung pelajaran ku di Universiti. pada waktu tu, aku memang tak minat dengan Politeknik sebabnya waktu tu aku masih jahil dengan diri sendiri. Bagi aku, universiti sajalah tempat untuk sambung belajar. jadinya, bila keluar result tersebut, aku gagal untuk mendapatkan tempat di mana-mana IPTA.
perasaan sedih dan hiba itu memang ada sebagai manusia yang normal. terkenang saat aku tidak menjawab soalan SPM dengan bersungguh-sungguh yang boleh membuatkan aku mendapat tempat di IPTA. aku berasa sangat kecewa dengan diri dan aku rasa itu adalah benda yang paling teruk sekali apabila semua kawan kau berjaya dan kau sorang diri sangkut. jadinya, aku terus menelefon ayahku dan bertanya pendapat. ayahku memberitahu untuk mengkaji tentang institusi yang bernama POLITEKNIK. pada mulanya agak berat untuk aku menerima nasihat yang sebegitu kerana ianya tidak kena pada jiwa yang jahil ketika itu. selepas berlawan dengan syaitan yang berada di kepala, aku terus mengeluarkan telefon bimbit berjenama Xiaomi dari kocek dan mencari maklumat tentang Politeknik di laman Google. aku mendapati bahawa politeknik juga menawarkan kursus kajian yang menarik dan aku terus membuat rayuan di Politeknik.
Selepas menunggu result rayuan selama 7 hari, aku berjaya mendapat tempat di Politeknik Melaka dengan jurusan Mechanical Engineering. tapi selepas aku masuk di Poli sana, aku menukar jurusan ke Diploma Teknologi Makanan di Polisas kerana aku tidak sesuai dan tidak berminat dengan jurusan mekanikal tersebut. aku sempat belajar di Poli Melaka cuma untuk 3 bulan sahaja dan aku berpindah dari poli tersebut dan masuk ke ambilan kedua pada sesi Disember 2017 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Itu cumalah serba sedikit cerita bagaimana aku dapat masuk ke Polisas ni. aku anggap ianya muqaddimah cerita. Jadi aku sambung cerita sewaktu perjalanan ke Kuantan. dalam kereta, aku terfikir sejenak.. layak ke untuk aku pelajari bidang sains tulen di Politeknik walhal aku cumalah budak akaun di sekolah? aku mengambil keputusan 180 darjah menukar jurusan dari akaun ke sains makanan.
Orang tua selalu cakap "belum try belum tahu" dan aku rasa itu merupakan kata pujangga yang sesuai untuk digunakan bagi menaikkan semangat dalam diri. Jadinya, bila aku tiba di kuantan, aku perasan yang kuantan ni takde bangunan yang setinggi di KL. sewaktu itu, yang paling tinggi aku boleh nampak pun cuma bangunan Zenith Hotel yang terletak di tepi ECM. itu yang paling tinggi. fuh. aku menetap di hotel Cathayana berhampiran Mydin di kawasan bandar. aku melihat penduduk kuantan semuanya baik baik belaka di situ dan ianya membuatkan perasaanku makin tidak sabar untuk menetap di sini pada masa yang lama. pada malam tu, aku dan sekeluarga keluar mencari makanan di Tanjung Lumpur di mana tempat terletaknya pelbagai restoran tomyam yang sedap-sedap! harganya pula berpatutan.
Selepas mengenyangkan diri, aku balik ke hotel dan tidur.
Aku bangun pada subuh tu dan bersiap dengan lajunya dek kerana tidak sabar untuk menuju ke Polisas. aku berpakaian kemeja putih dan berseluar slack hitam dengan segak sekali. rambutku disikat tepi dan diletakkan minyak supaya nampak kemas dan hensem. dan last sekali, of course aku memakai tie berwarna biru gelap dan kasut yang bertumit seperti pekerja office yang bersemangat tinggi. Aku mengangkat beg dan mengemas bilik sebelum meninggalkan hotel tersebut. apabila aku di dalam kereta menuju ke Polisas, aku banyak berangan tentang betapa indahnya duduk di dalam asrama dengan kawan-kawan yang baru. aku berasa sangat excited! sedar tak sedar, aku tiba di Main Gate Polisas. perasaan aku waktu tu sangatlah teruja seperti melihat emas jatuh di depan mata. aku masuk dalam polisas dengan senyuman yang lebar. pada waktu tu, sangat banyak kereta dan sesak. aku ingat asrama lelaki berada di atas bukit tapi rupanya...... asrama lelaki terletak di hujung Polisas. jarak kamsis lelaki ke Main Gate lebih kurang 1.5KM. sangat jauh. aku terlihat juga padang Polisas yang besar dan mempunyai nama 'POLISAS' di tepi padang tersebut. aku terus berfikir panjang. bagaimana perasaan apabila duduk di asrama yang sangat hujung dan jauh dari main gate? adakah aku akan rasa bahagia duduk di asrama? pelbagai lagi kata-kata di minda bermain ketika itu, membuatkan aku keliru tanpa noktah.... mungkin ianya satu permulaan yang buruk menuju penamat yang gembira? ataupun sebaliknya?
(bersambung)