Jumaat, 7 Ogos 2020

SUASANA BARU

Setibanya aku di kamsis (asrama maksud lainnya), aku mendapati bahawa kamsis yang bakal aku menetap untuk beberapa tahun ni terletak jauh di belakang. Di sekeliling kamsis tersebut adanya masjid, kafe, dewan, dan juga kelas. Kamsis di Polisas juga terdapat 3 nama iaitu Al Biruni, Al Ghazali, dan Ibnu Sina. Al Biruni adalah untuk asrama lelaki manakala Ibnu Sina dan Al Ghazali untuk perempuan. untuk blok asrama, terdapat 10 blok untuk pelajar dan 1 blok untuk felo (maksud lainnya warden). Aku sebagai pelajar yang fresh dari SPM dan tidak mempunyai pengalaman hidup di asrama rasa sangat teruja dan takut dalam masa yang sama. Biasalah sebabnya first time dalam hidup kau yang kau akan berjauhan dari keluarga. Sambung cerita, aku tiba di sana dan disapa baik oleh perwakilan asrama iaitu dikenali sebagai JPKK (Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman). mereka berpakaian seperti orang yang bekerja di office, siap bertali leher dan baju di-tuck in kemas. Sebelum bilik boleh dibuka, kunci perlu diambil terlebih dulu di dewan Al Biruni yang berada di kawasan asrama. Segala borang tentang asrama perlu diberi dan barulah kunci dapat diambil. Melihat dari pandangan mata, kamsis ni mempunyai view yang menarik kerana di tepi kamsis sememangnya hutan dan mempunyai sebuah padang yang luas. Boleh dikatakan tempat ni menarik dan "Instagrammable" gitew. Selepas kunci diambil, aku bergegas gerak ke blok Damai iaitu blok yang nama aku disenaraikan untuk menetap sepanjang satu sem. Dengan kunci di tangan dan mempunyai tag nombor bilik 'D004', aku membuka pintu bilik dengan penuh harapan dan semangat baru.. wooshhhh!

Terlihat aku seorang lelaki yang tinggi dan kacak. Roommate aku yang dipanggil, Shah. Pertemuan yang pertama kali dengan roommate aku bertambah terkejut apabila rumah dia dengan rumah aku cumanya bersebelahan daerah sahaja. Terus saja aku dengan dia menjadi kawan yang seperti dah kenal lama. Jadinya selepas kami berehat untuk beberapa jam, pihak JPKK mengarahkan kami untuk beratur di depan blok sambil membawa dokumen-dokumen yang penting. Dalam susunan beratur, kami bergerak naik ke dewan gym bersebelahan masjid Polisas untuk mengambil baju politeknik, lab coat (mengikut course masing2), dan sebagainya. Aku mendapati pelajar pada ambilan Disember tidaklah seramai ambilan Jun. Selepas barang diambil, kami diarahkan untuk duduk di dalam masjid dan menunggu waktu untuk Solat Asar. Dari situlah aku mengenali classmate aku seperti Haikal, Alif, Naufal, Amir, dan ramai lagi. Muka waktu pertama kali jumpa memang gangster belaka tapi bila dah kenal, rupanya mereka juga berperangai yang masuk air dan kelakar. First impression tu penting ok gais. Mula-mula berkenalan dengan mereka rasa agak awkward, maklumlah kawan baru kan.. selepas selesai solat dan ambil barang, kami turun ke cafe untuk makan malam. Untuk makan malam, pelajar diminta untuk beratur dalam barisan yang panjang untuk mengambil makanan. Bagi yang tidak dapat kerusi, diminta untuk duduk di susur gajah. Satu pengalaman yang sangat menarik bersama kawan baru.

Pada malam itu, kami bergerak ke Dewan Makmur yang terletak di JKE. Atas bukit beb. menongkak bukit waktu malam la kami dengan tidak mandinya.. hahaha pengalaman yang kekal dan segar di ingatan sampai sekarang. Tujuan kami pergi ke dewan pada malam itu adalah untuk briefing tentang minggu MTS (Minggu Transformasi Siswa) yang bakal kami lalui dalam seminggu. Dengan mata yang lalu dan tubuh yang penat, mengeluh panjang juga kami dan berfikir apa yang akan kami lalui pada esok dan hari seterusnya. Selepas taklimat, kami bergerak pulang ke bilik masing-masing.

Di blok, aku mengenali ramai kawan blok baru yang mengambil course berbeza dan umur pun berbeza! Majority adalah fresh graduate SPM of course tapi ada juga yang dari graduate Kolej Komuniti serta institusi lain. Dan pada malam itu jugalah kami berkenalan dari segi latar belakang dan kisah-kisah menarik sebelum datang ke Polisas sambil bergelak tawa. (Tersenyum sewaktu menulis sebab teringat kisah dulu-dulu) Oh ya, kami dinasihatkan oleh JPKK untuk tidur awal kerana esok pagi kami perlu bangun seawal 4 pagi untuk bersiap dan beratur di hadapa blok pada jam 5 pagi. Bila difikirkan balik untuk bangun seawal 4 pagi tu agak mustahil kerana jam telah menunjukkan pukul 1 pagi dan baju masih tidak digosok.. jadi, kami semua dengan pantasnya masuk ke bilik masing-masing dan membuat persediaan untuk esok dan terus menutup lampu. Jam yang berbaki sebelum pukul 4 adalah lagi 2 jam. Tidur yang tidak lena tapi ku relakan jua. Sewaktu nak tidur, banyak benda bermain di fikiran dan menyukarkan mata untuk lelap.. apa yang akan kami lalui seminggu ni? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUASANA BARU

Setibanya aku di kamsis (asrama maksud lainnya), aku mendapati bahawa kamsis yang bakal aku menetap untuk beberapa tahun ni terletak jauh di...