Terlihat aku seorang lelaki yang tinggi dan kacak. Roommate aku yang dipanggil, Shah. Pertemuan yang pertama kali dengan roommate aku bertambah terkejut apabila rumah dia dengan rumah aku cumanya bersebelahan daerah sahaja. Terus saja aku dengan dia menjadi kawan yang seperti dah kenal lama. Jadinya selepas kami berehat untuk beberapa jam, pihak JPKK mengarahkan kami untuk beratur di depan blok sambil membawa dokumen-dokumen yang penting. Dalam susunan beratur, kami bergerak naik ke dewan gym bersebelahan masjid Polisas untuk mengambil baju politeknik, lab coat (mengikut course masing2), dan sebagainya. Aku mendapati pelajar pada ambilan Disember tidaklah seramai ambilan Jun. Selepas barang diambil, kami diarahkan untuk duduk di dalam masjid dan menunggu waktu untuk Solat Asar. Dari situlah aku mengenali classmate aku seperti Haikal, Alif, Naufal, Amir, dan ramai lagi. Muka waktu pertama kali jumpa memang gangster belaka tapi bila dah kenal, rupanya mereka juga berperangai yang masuk air dan kelakar. First impression tu penting ok gais. Mula-mula berkenalan dengan mereka rasa agak awkward, maklumlah kawan baru kan.. selepas selesai solat dan ambil barang, kami turun ke cafe untuk makan malam. Untuk makan malam, pelajar diminta untuk beratur dalam barisan yang panjang untuk mengambil makanan. Bagi yang tidak dapat kerusi, diminta untuk duduk di susur gajah. Satu pengalaman yang sangat menarik bersama kawan baru.
Pada malam itu, kami bergerak ke Dewan Makmur yang terletak di JKE. Atas bukit beb. menongkak bukit waktu malam la kami dengan tidak mandinya.. hahaha pengalaman yang kekal dan segar di ingatan sampai sekarang. Tujuan kami pergi ke dewan pada malam itu adalah untuk briefing tentang minggu MTS (Minggu Transformasi Siswa) yang bakal kami lalui dalam seminggu. Dengan mata yang lalu dan tubuh yang penat, mengeluh panjang juga kami dan berfikir apa yang akan kami lalui pada esok dan hari seterusnya. Selepas taklimat, kami bergerak pulang ke bilik masing-masing.
Di blok, aku mengenali ramai kawan blok baru yang mengambil course berbeza dan umur pun berbeza! Majority adalah fresh graduate SPM of course tapi ada juga yang dari graduate Kolej Komuniti serta institusi lain. Dan pada malam itu jugalah kami berkenalan dari segi latar belakang dan kisah-kisah menarik sebelum datang ke Polisas sambil bergelak tawa. (Tersenyum sewaktu menulis sebab teringat kisah dulu-dulu) Oh ya, kami dinasihatkan oleh JPKK untuk tidur awal kerana esok pagi kami perlu bangun seawal 4 pagi untuk bersiap dan beratur di hadapa blok pada jam 5 pagi. Bila difikirkan balik untuk bangun seawal 4 pagi tu agak mustahil kerana jam telah menunjukkan pukul 1 pagi dan baju masih tidak digosok.. jadi, kami semua dengan pantasnya masuk ke bilik masing-masing dan membuat persediaan untuk esok dan terus menutup lampu. Jam yang berbaki sebelum pukul 4 adalah lagi 2 jam. Tidur yang tidak lena tapi ku relakan jua. Sewaktu nak tidur, banyak benda bermain di fikiran dan menyukarkan mata untuk lelap.. apa yang akan kami lalui seminggu ni?